Wednesday 30 October 2013

PUNCA PENGHASILAN SUSU IBU MEROSOT

Dalam sebuah perjalanan penyusuan, susu merundum adalah saat yang paling ditakuti oleh ibu-ibu yang menyusukan.


Ramai ibu apabila ini berlaku akan cepat melatah. Apa sahaja milk booster yang dicadangkan akan menjadi pilihan namun yang paling sedih apabila si ibu mengharapkan kesan magik yang segera.

Walhal tanpa kita sedari susu merundum bukanlah berlaku secara mendadak. Ia berlaku secara perlahan-lahan atas tindakan ibu itu sendiri.

Antara punca penghasilan susu ibu merosot adalah kerana:

1. Si ibu tidak mengepam dengan konsisten setiap 2-3 jam. Hakikatnya jika si ibu tidak mampu untuk mengepam setiap 2-3 jam, si ibu perlu berusaha menyediakan waktu pada malam hari untuk melakukan power pumping.

2. Pengambilan air yang tidak dipantau serta makanan dicatu kerana khuatir gemuk. Sedangkan ibu menyusu perlu mendapat cukup kalori serta banyak air untuk bekalan tubuh ibu serta untuk penghasilan susu ibu.

3. Ibu sering mengalami keletihan dan mood yang tidak stabil maka ini mengganggu penghasilan hormon oksitosin dirembeskan. Keletihan, tekanan akan menyebabkan lebih banyak vitamin seperti vitamin B dan vitamin C yang sedia ada dalam tubuh dimusnahkan kerana dua vitamin ini adalah ' fragile'dan kerana ia vitamin larut air. Ibu yang menyusu sangat perlu dan penting untuk pengambilan vitamin B dan vitamin C yang mencukupi agar ibu boleh mengawal stress.

4. Si ibu tidak mengendahkan keperluan pengambilan kalsium dan protien dalam diet harian. Komposisi utama dalam susu ibu adalah protein, kalsium dan vitamin lain. Kekurangan protein, kalsium dan zat vitamin akan menyebabkan penghasilan susu semakin menurun.

Dan ada beberapa lagi faktor yang ibu tidak sedari. Namun hakikatnya susu mula menurun disebabkan faktor yang berpunca dari amalan harian si ibu.

Maka jika hari ini anda mempunyai susu yang lumayan, beringatlah untuk masa akan datang. Jangan sesekali menjadikan amalan-amalan penting penyusuan itu 'last resort' tetapi jadikan ia satu usaha yang istiqamah.

Apa yang kita perolehi hari ini adalah apa yang kita lakukan atau usahakan sebelum ini. Maka untuk bersenang di masa akan datang kita perlu bersusah dari sekarang.

(credit to www.anakkuwiraku.com)

Wednesday 23 October 2013

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu. 

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. 

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya. 

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah: 
  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut: 
  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perundingan penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari ataunajisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. 

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila: 
  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan. 

Wednesday 9 October 2013

SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK UTK IBU BERPANTANG,

Set Bersalin Shaklee adalah satu set bersalin unik yang telah memberi kesan positif kepada  pemulihan ibu-ibu yang baru melahirkan.

 Keunikkan dan kehebatan Set Bersalin shaklee ini sebenarnya terletak pada kombinasi produk suplemen Shaklee yang benar2 menepati keperluan luaran dan dalaman seoraang ibu berpantang.Malah pada doktor dan pakar mengesyorkan ibu2 berpantang mengambil vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang dan juga selepas pembedahan.

Berikut adalah 3gabungan kombinasi produk suplemen Shaklee untuk kegunaan sebagai Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin(Set Asas)

Set bersalin asas ini mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh seorang ibu yang berpantang sama ada bersalin secara normal atau yang bersalin secara caserean(czer)



Set Bersalin Asas ini membantu ibu-ibu berpantang untuk :-

- sembuh kluka berpantang dengan cepat.
- membentuk dan membina semula darah merah yang banyak tumpah semasa proses      kelahiran.
- pemulihan luka dalaman rahim.
- mengelakkan stress untuk menghindarkan meroyan.
- memberi tenaga untuk ibu menyusu dan perlu bangun malam bagi menjaga bayi.

Set Bersalin Shaklee Extra(banyakkan susu)


  • Set asas dgn tambahan Esp dan Ostematrik
  • Untuk menyokong fungsi penyusuan susu ibu.
  • Bantu ibu pulih cepat dari luka bersalin.
  • Bantu menghasilkan susu ibu dengan lebih banyak.
  • Selamat untuk ibu dan bayi menyusu,bayi G6PD
  • bayi tidak kuning,bayi sihat,bayi tenang
Set Extra ini ialah Set Bersalin Asas yang ditambah dengan suplemen untuk keperluan ibu yang menyusu dengan susu ibu.

Set Bersalin Premium(Breastfeeding + Slimming)





Untuk konsultasi jangan segan utk pm/sms

Saya sedia untuk membantu :)



Email:aleesalittlezone@gmail.com

sms|whatsapp|viber : 018 2546253(asniza)



Thursday 3 October 2013

PANDUAN MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA



Beberapa panduan untuk mengurangkan risiko kanser payudara / breast cancer.

1. Jauhkan kegemokkan/obesity kerana lemak juga mengeluarkan hormon estrogen yg menggalak pertumbuhan kanser. Wanita gemok dan mengidap ovary bengkak PCOS ada risiko kanser rahim dan payudara.
2. Jauhkan penggunaan terlalu lama pil hormon yg mengandungi hormon estrogen saperti HRT atau pil perancang.
3. Makan lebih sayur2 dan buah2. Jauhkan gula dan tepung putih. Makan ikan, dada ayam, telor dan sedikit daging merah sebagai sumber protein. Jauhkan deep fried dan bakar hangus.
4. Amalkan penyusuan bayi anda selama 2 tahun.
5. Jangan merokok dan minum arak.
6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari. Berjalan, jogging atau naik basikal.
7. Jika ada ahli keluarga terdekat yg ditimpa kanser payudara, Waspada dan ambil langkah2 tertentu. Bolih makan ubat untuk blok estrogen saperti tamoxifene atas nasihat doktor. Amalkan periksa sendiri payudara. Buat pemeirksaan ultrasound atau xray tomogram.
8. Makan multivitamins, vit E dan C, fish oil
9. Bila mandi , amalkan tuam payudara dengan tuala suam panas dan mengurut sendiri payudara dari sekitran luar kearah puting dan seterusnya basuh puting dengan sabun untuk menghilangkan kesumbatan pada saluran susu.

Wednesday 2 October 2013

SET BERSALIN + PENYUSUAN


DAPATKAN KEBAIKKAN 2 DALAM 1 SEMASA BERPANTANG... SET INI LENGKAP UTK PARA IBU YG INGIN MENYUSUKAN ANAK DAN JUGA MEMULIHKAN LUKA BERSALIN DGN CPAT... BILA BADAN SEHAT, SUSU PUN BANYAK..




Untuk konsultasi jangan segan utk pm/sms

Saya sedia untuk membantu :)



Email:aleesalittlezone@gmail.com

sms|whatsapp|viber : 018 2546253(asniza)


TESTIMONI SET BERSALIN SHAKLEE

Berikut adalah testimoni beberapa orang pengguna Set Hamil dan Bersalin Shaklee

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3


Testimoni 4

Testimoni 5

 
Testimoni 6

Testimoni 7


Testimoni 8

Testimoni 9


Testimoni 10



Untuk konsultasi jangan segan utk pm/sms

Saya sedia untuk membantu :)



Email:aleesalittlezone@gmail.com



sms|whatsapp|viber : 018 2546253(asniza)



MAKANAN UNTUK SUBUR DAN LEPAS PEMBEDAHAN

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. 2. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU