Thursday 18 September 2014

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 1

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan.

TEMPOH HAYAT 
1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan.

1PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU
1.1 BREASTPUMP :
  • Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)
  • Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan..
  • Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir
1.2 STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :
  • Pastikan dalam keadaan bersih dan kering
  • Pilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)     

Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk..      
2. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?
2.1 Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-
  • Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi pertama)
  • Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh)
2.2 Jika berada di pejabat :-
  • Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yg telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.
  • Corong dan peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi..boleh terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer. Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah.
2.3 Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin ;-
  • Anda boleh terus simpan stok ke dalam freezer untuk dibekukan
  • Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat
  • Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.
NOTA PENTING :-
# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC - 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC - 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan aircond sentiasa di pasang..
# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik. Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..

3. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?
3.1 Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM)..stok untuk digunakan esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam freezer.
3.2 Pastikan susu yg disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.
3.3 Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.
3.4 Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok

4. BAGAIMANA MELABEL BOTOL UNTUK MEMUDAHKAN PENGASUH? (Rujuk Gambar)
4.1 Pastikan bayi di bawah 6 bln tidak hanya dibekalkan dgn FROZEN EBM sahaja sebaiknya campurkan dengan FRESH/CHILLED EBM juga..
4.2 Sebaiknya jadikan botol yg berisi CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 1, FROZEN sebagai botol 2, FROZEN EBM sebagai botol 3, CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 4&5..ini kerana jika ada lebihan anda boleh gunakan botol 4/5 tersebut pada keesokan harinya kerana CHILLED EBM tahan sehingga 5 hari di dalam chiller..
Untuk langkah seterusnya boleh ke link ini :- Cara Pengendalian EBM

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 2

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)


MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk

2. FROZEN EBM - Susu ibu beku

3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan.

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas.Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.

1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman.

1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.

1.4 Jika telah mencair, tuangkanEBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.

1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip

1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja.

1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.5

NOTA PENTING :

#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan

#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan

#CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan

#EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula

2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

2.1 Setelah mengikuti langkah 1.5, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.

2.3 {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.

2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.

2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.

2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.

Nota PENTING :

#Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam. #Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.

#Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave TEMPOH HAYAT EBM Seperti dalam jadual di bawah.


Monday 1 September 2014

~ Lacte Duet Electric Breastpump - THE REAL DUET BREASTPUMP ~

Memandangkan sekarang saya tengah buat review dan mencari Electric Breastpump yang sesuai utk next baby,saya nak kongsikan sedekit kelebihan Lacte Duet Breastpump yang menjadi pilihan saya...

NAK TAHU APA KELEBIHAN LACTE DUET ELECTRIC BREASTPUMP?




**HEAVY DUTY PUMP!! ** - ni antara ciri2 yang saya cari

✔ DOUBLE pump

✔ Ada 2 motor kanan & kiri, jadi tak perlu tanggal tiub kalau nak buat single pumping. Then kalau 1 motor rosak masih boleh berfungsi lagi 1 motor.

✔ Boleh di kawal secara individu samada kiri @ kanan @ berduet.

✔Sesuai untuk kegunaan di rumah @ di pejabat

✔ Ada SKRIN untuk menunjukkan TIMER dan suction LEVEL.

✔ Ringan & mudah dibawa kemana sahaja.Boleh menggunakan power bank jika tiada elektrik. Boleh sambung pada laptop juga. Sesuai digunakan di rumah atau di pejabat

✔ Bunyi SENYAP. Tak ganggu rakan ofis semasa kita mengepam.

✔ Ada SILICON shield yg lembut pada corong pam ala2 medela soft fit so tak menyakitkan ibu..

✔ Dilengkapi dengan 2-PHASE expression. Ada stimulate dan express mode(Seperti pam medela, rumble tuff dan spectra M1)

✔ Unique soft breast shield design menambah keselesaan ibu & membantu stimulation.

✔Parts sikit je, so senang nak basuh compare dgn sesetengah jenis pam yg agak rumit dan terlalu banyak part..

✔ 9 Level sedutan yg POWER untuk keselesaan Mommies & mengikut Pattern Mimik bayi, Stimulate-n-Suck..mmg best sgt walaupun guna level tinggi tetap tak rasa sakit dan bunyi pum tak bising.. :)

✔Anti-Back FLow

✔ Diberi wide neck to standard neck BOTTLE CONVERTER.

**harga sebenar Lacte Duet Breastpump shj RM629

Tapi bulan ni saya nak share dgn korang utk Lacte Duet Breastpump pada harga sangat jimat...


1x Lacte Duet Electric Breastpump worth RM629


HARGA SUPER JIMAT!!


RM449 WITH FREE GIFT(BERNILAI RM117)


FREE USB cable worth RM25
FREE Jingle Jungle Ezara cooler bag worth RM29.90
FREE Jingle jungle storage bottle 6pk worth RM24.90
FREE Jingle jungle Mom's Love Reusable ice pack worth RM15.90

Free poslaju worth RM32.00


JOM DAPATKAN SEBELUM TERLAMBAT,




Email:aleesalittlezone@gmail.com

sms|whatsapp : 011-14347183@018 2546253(asniza)