Monday 2 December 2013

Tips ringkas Untuk Hadapi Anak Demam


1- Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak)
2- Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam. Kalau di bawah 38 degree C, saya selalu beri anak minum air Musoffa dan Performance drink.
3- Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
4- Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak. Alternatif, saya beri anak minum Performance Drink.
5- Saya berikan anak2 saya Nutriferon semasa mereka demam.
6- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
7- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
8- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
9- Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
10- Doakan yang baik2... Jangan terlalu ikut emosi. 

*** Tips untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu cepat2 rujuk pada doktor... Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir2 dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang 'merosakkan' badan anak itu.

Kenali Personaliti Penyusuan Si Manja Anda






Puan Nora berasa keluh kesah kerana bayinya yang baru berusia seminggu, Anas seperti tidak berminat untuk menyusu badan. Anas tidak seperti sepupunya, Rafi yang kelihatan sangat berselera menyusu dengan ibunya. Keadaan ini membuatkan Puan Nora tertekan dan mula memikirkan untuk memberi susu formula kepada Anas.

Pernah tak alami situasi seperti di atas?

Kebiasaan masyarakat kita mempunyai tanggapan seperti: bayi lelaki minum lebih banyak dan lebih 'excited' berbanding bayi perempuan. Masyarakat kita juga memandang bayi yang terlalu kerap menyusu dan terlalu lama jarak penyusuan sebagai satu masalah besar - ibu tak ada/tak cukup susu.

Persoalannya, benarkah?

Sebenarnya, seperti juga orang dewasa, bayi kita ada personaliti dan perangai masing2 bila melibatkan kerja utama mereka - menyusu. Kajian dari Universiti Yale tentang bayi yang menyusu badan meneamui rumusan bahawa, SETIAP BAYI MENYUSU BADAN MEMILIKI PERSONALITI YANG BERBEZA.

Mereka telah mengklasifikasikan personaliti ini kepada 5 kategori:

Barracuda, excited-inefective, proscrastinator, gourmet dan rester.

Jom kita tengok keunikan personaliti2 tersebut dan menyelidik, BAYI ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI PERSONALITI YANG MANA?

>>>Barracuda

Kalau anda pernah tonton filem animasi 'Finding Nemo', anda akan temui bahawa telur2 ikan milik Marlin dan Coral telah diserang Barracuda, hinggal tinggal satu je yang selamat- Nemo.

Barracuda ialah sejenis ikan pemangsa yang ganas dan 'makan-apa-saja'. Sementelah bayi yang berpersonaliti barracuda ni boleh dikatakan jenis yang kuat minum susu. Mereka ni tak sabar2 nak menyusu, mungkin mengamuk bila ibu lambat sikit. Jarak penyusuan pun mungkin tak panjang, dalam 10-20 minit dah mintak susu.

Penyelesaian : Ibu kena ambil masa untuk belajar posisi dan cara latching yang betul SEBELUM bayi mintak susu. Sebab dia ni jenis tak sabar, bila dia dah nak tu tak boleh tunggu2 dah, jadi gunakan masa dia tengah tenang untuk berlatih.

Potensi nak dapat nipple crack sangat tinggi.

>>> Exicted-Ineffective

Bayi jenis ni kelihatan macam tak sabar, tapi bila menyusu main-main. Gelak-gelak semua, tapi bila tak dapat menyusu dengan sempurna, dia frust pula.

Penyelesaian : Susukan dia masa dia tengah mamai : baru bangun tidur atau time2 lalok nak tidur. Kena selalu burp bayi jenis ni, sebab dia senang kembung.

>>> Procrastinator

Yang ini jenis yang paling susah. Ops, susah tapi BOLEH? Yang ni jenis high expectation... Masa susu ibu belum ada, baru ada kolostrum dia dan demand nak susu. Biasanya ibu yang ada bayi jenis procrastinator ni akan terdorong nak bagi susu formula.. Yelah bayi ansyik menangis je kan.

JANGAN!

Penyelesaian : Teruskan menyusu dan stimulasi berterusan. Ibu perlukan sokongan yang padu dan kesabaran yang tinggi. Insya-Allah cuma untuk 3-4 hari je.

>>> Gourmet

Gourmet ada kaitan dengan seni presentasi makanan. Jadi bayi jenis ni suka menikmati keindahan makanan dia dulu sebelum makan. Dalam kes ni, dia suma main2 dengan puting ibunya.

Tapi kalau dia dah boring dan nak mula menyusu, dia akan menyusu sampai habis!

Penyelesaian : Ibu kena sabar & susukan bayi di tempat tenang supaya takde lah rasa 'penat' sangat bila nak kena layan bayi Gourmet ni.

>>> Rester

Seperti mana namanya, rester ni jenis bayi yang minum lambat-lambat, siap pause lagi. jadi ia menjadikan sesi penyusuan jadi lama. Kadang2 sampai sejam duk menyusu. Kadang2 sampai tertidur masa menyusu.

Penyelesaian : Ibu jangan risau sebab makin lama bayi makin belajar bahawa bukan le best pun minum sikit2, lambat kenyang. Lagipun kalau masih dalam pantang kan tak buat apa, layankan saja lah. Tapi awas kalau berat badan dia tak naik2, bawalah berjumpa pakar dalam bidang penyusuan sebab takut memang dia tak cukup susu, yelah asyik tidur saja.

Harapnya lepas membaca entry ini ibu2 yang risau anak kuat sangat menyusu atau kurang menyusu dapat menganalisa kembali tabiat penyusuan anak masing2. Kalau bayi ceria, sihat, berat bertambah, tak ada apa nak dirisaukan walau dia menyusu kerap atau tidak.

Jadi, check personaliti penyusuan bayi kita, jadi kita boleh letak expectation accordingly.

Artikel asal : http://goo.gl/W5JoxT