Thursday 16 October 2014

Mengapa Bayi Enggan Menyusu?

Adakalanya bayi meragam tidak mahu minum susu ibu. Dia menolak penyusuan walaupun dilakukan pada waktu yang rutin. Mengapa terjadi hal demikian? Sebenarnya bayi yang tidak mahu menyusu badan bukan menolak terus susu ibu, tetapi dia sedang memberitahui anda tentang masalah yang dihadapinya. Jadi, anda perlu menyiasat dan mengenal pasti apakah masalah tersebut.
Beberapa sebab bayi biasa menolak penyusuan:
*Bayi tidak melekap dengan betul dan isi puting payu dara ibu yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Jika berhadapan dengan situasi ini, perbetulkan posisi pelekapan bayi atau dapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
*Bayi menghadapi masalah sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
*Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan spontan anda apabila dia menggigit puting payu dara anda.
*Bayi mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
*Bayi dijangkiti selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkannya bernafas semasa menyusu.
*Jika bayi kerap diberi campuran susu formula dan menyebabkan pengurangan pengurangan bekalan susu ibu.
*Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
*Rutin bayi terganggu disebabkan berpindah rumah atau ibu kembali bekerja.
*Bayi berpisah dengan ibu untuk jangkamasa yang lama.
Walaupun perlakuan bayi menolak penyusuan ini merungsingkan ibu tetapi ia boleh diatasi dengan kesabaran dan kasih sayang dari ibu sendiri. Pastikan anda tidak berputus asa lalu mengambil keputusan menghentikan penyusuan susu ibu.
Semasa proses menyelesaikan masalah ini, ibu hendaklah memerah keluar susu dengan tangan atau pam setiap beberapa jam (sama kerap seperti bayi menyusu dulu). Ini dapat mengelakkan daripada berlaku  masalah mastitis dan mengekalkan bekalan susu yang cukup.
Cara menangani masalah ini:
*Cuba berikan payu dara anda semasa bayi sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk. Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan susu ibu ketika berjaya akan menyusu semasa mereka mengantuk.
*Bawa bayi berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit (seperti jangkitan telinga atau jangkitan kandida).
*Ubah posisi penyusuan anda.
*Susukan bayi sambil bergerak. Ada bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau dibawa berjalan berbanding disusukan semasa sedang duduk atau berdiri.
*Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Biasanya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk menolak penyusuan disebabkan dia terangsang untuk meneroka dunia yang baharu dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain dan selalunya lebih suka untuk "hisap main-main" di payu dara ibu dan tidak mahu menyusu dengan sempurna. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi anda.
*Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap. Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya.
Sebenarnya, tidak mungkin bayi yang berusia di bawah satu tahun yang terdahulunya menyusu dengan baik sudah mahu bercerai susu. Carilah punca dan jalan penyelesaian.

Wednesday 15 October 2014

Lacte Solo Single Electric Breastpump



Mommies semua yg nak dapatkan Lacte Solo stock dah tak banyak!! 
Dapatkan segera ye..stock minggu ni tinggal 12 set je lagi.

Berminat boleh inbox fb:Breastfeeding One Stop Centre atau 

sms/whatsapp:011-14347183

Product Description

Lacte Solo Single Electric Breastpump

Lightweight & portable.Features :
Dual power source. Adaptor or batteries.
Silicon shield for comfort pumping.
2 phase expression similar to baby’s natural sucking rhythm.
Efficiently empty breasts (prevent blocked ducts)
BPA Free.
Anti backflow mechanism.
Lacte Solo Single Electric Breastpump.

NP:RM229, OFFER RM190 FREE GIFT + FREE POSTAGE SEMENANJUNG

Feedback customer selepas menggunakan Lacte Solo Single Electric Breastpump

 UTK PEMBELIAN boleh inbox:-
Fb:Breastfeeding One Stop Centre
atau sms/whatsapp:011-14347183


Lacte Solo Combo!!




Normal Price: RM380

OFFER!!!

RM2++ FREE POSTAGE UTK SEMENANJUNG
sms/whatsapp:011-14347183

Perbandingan Medela Freestyle dengan Autumnz Passion,

Pada mommies semua yg masih tercari-cari breastpump yg sesuai jom tengok apa yg menarik pada AUTUMNZ PASSION double breastpump ini...Berikut adalah aksesories 
dalam set ni. Motor pump, Milk storage bottle (include 1 pair of cap and teat),tube, 1 pair of pumping set (body connector, breast fit, back cap and membrane), valve dan yg bestnya termasuk sekali FREE 1 set convertible kit untuk gunakan sebagai manual dan juga FREE 1 cable USB untuk connect ke power bank.

Selain itu ia datang dengan buku manual berserta 1 tahun warranty.

bentuk valve yg digunakan dalam AUTUMNZ PASSION dengan anti back flow system


Antara ciri ciri AUTUMNZ PASSION :-

2 stage pumping
- Stimulate and pumping 

Ada 4 pumping Mode
- Boleh pump single (kiri atau kanan), double serentak
atau double alternate (bergilir kiri dan kanan)

LCD Display
- Senang nak monitor status pumping 
(Masa, pumping mode etc)

Touch Screen Panel
- Untuk mudah operate pump

Multi Suction Level 
- Ada 9 suction level

2 Independent Motors and Valve
- Optimum suction and performance

Portable, compact and light weight
- hanya 500g and motor pump yg senyap

Harganya juga berpatutan dgn set yg comel ini..

Utk maklumat lanjut dan pembelian anda boleh:-



SMS/WHATSAPP:011-14347183


KAMI MENAWARKAN HARGA TERENDAH UTK ANDA!!!




Autumnz Passion

Pada mommies semua yg masih tercari-cari breastpump yg sesuai jom tengok apa yg menarik pada AUTUMNZ PASSION Double Electric Breastpump ini...Berikut adalah aksesories 
dalam set ni. Motor pump, Milk storage bottle (include 1 pair of cap and teat),tube, 1 pair of pumping set (body connector, breast fit, back cap and membrane), valve dan yg bestnya termasuk sekali FREE 1 set convertible kit untuk gunakan sebagai manual dan juga FREE 1 cable USB untuk connect ke power bank.

Selain itu ia datang dengan buku manual berserta 1 tahun warranty.

bentuk valve yg digunakan dalam Autumnz Passion dengan anti back flow system.


Antara ciri ciri AUTUMNZ PASSION :-

2 stage pumping
- Stimulate and pumping 

Ada 4 pumping Mode
- Boleh pump single (kiri atau kanan), double serentak
atau double alternate (bergilir kiri dan kanan)

LCD Display
- Senang nak monitor status pumping 
(Masa, pumping mode etc)

Touch Screen Panel
- Untuk mudah operate pump

Multi Suction Level 
- Ada 9 suction level

2 Independent Motors and Valve
- Optimum suction and performance

Portable, compact and light weight
- hanya 500g and motor pump yg senyap

Harganya juga berpatutan dgn set yg comel ini..

Utk maklumat lanjut dan pembelian anda boleh:-



SMS/WHATSAPP:011-14347183


KAMI MENAWARKAN HARGA TERENDAH UTK ANDA!!!




Autumnz Passion Double Electric Breastpump

AUTUMNZ PASSION


Convertible Double Electric/Manual Breastpump



Convertible to a manual pump!
FREE Power Bank Cable (can be used with Power Bank as an alternative power source)
Autumnz Passion Double Electric Breastpump comes with the following features:
2-Stage Pumping : 'stimulation' & 'pumping' stages for effective & efficient pumping
Anti Backflow Device : To prevent milk contamination
Convertible - Can be converted to a manual pump by attaching a manual knob (provided FREE in the pack)
Multi Suction Levels : 9 suction levels to choose from
4 Pumping Modes - Single Left, Single Right, Double Simultaneous and Double Alternate
2 Independent Motors and Valves : optimum suction & performance
LCD Display - informative time display for user
Touch Screen Panel - flexible and user-friendly touch screen for ease of use
Dual Power Source :  main electric power or batteries (FREE built in battery casing)
Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield : with comfortable massage bubbles design
Light, Compact & Portable : only 500g and with quiet motor unit
Bottle Adaptor - Free 2 bottle adaptors so can pump into wide neck or standard neck bottles
User Friendly: easy to assemble, use and clean
Autumnz Passion Double Electric Breastpump comes with 2-Stage Pumping to mimic baby's natural suckling pattern.
What is 2-Stage Pumping?
While breastfeeding, babies suck in 2 very clear stages:
- fast and light sucking to start your milk flowing
- slower and deeper sucking to get as much milk as quickly as possible
Autumnz Passion Double Electric Breastpump has the following 2-Stage pumping ability to encourage higher level of milk production:
Stage 1 – Stimulation Stage (Suction 1,2,3,4) – short & fast rhythm with lighter suction to activate milk letdown
Stage 2 – Pumping Stage (Suction 5, 6, 7, 8, 9) - slower rhythm with deeper suction to encourage maximum milk flow
The combination of these 2 stages will produce quicker let down and encourage milk flow.
Happy Breastfeeding!
*Comes with 1 year warranty period*

NP:RM499

HARGA YANG KAMI TAWARKAN??

Autumnz Passion pada harga ISTIMEWA!!!

Hanya RM359!!


INBOX atau SMS/WHATSAPP KOD "PASSION 1"
FB:BREASTFEEDING ONE STOP CENTRE
SMS/WHATSAPP: 011-14347183/018-2546253

* WARANTI SERVIS CENTER 1 TAHUN


JAMINAN HARGA TERENDAH DIPASARAN & UTK TAHUN INI !!



Retail:RM499,SPECIAL OFFER: RM359


✔FREE Wideneck Adapter

✔FREE Powerbank CABLE (Power bank not included)
✔FREE Manual Pump Converter
✔FREE POSLAJU ke SELURUH MALAYSIA
✔ Konsultasi Penyusuan secara PERCUMA


Kini Hanya RM359!!

NAK ORDER???

INBOX atau SMS/WHATSAPP KOD "PASSION 1"
FB:BREASTFEEDING ONE STOP CENTRE

SMS/WHATSAPP: 011-14347183/018-2546253

Happy Review:
I am very fortunate to be given the opportunity to test out this pump for Autumnz for the past 14 months before their official launch. I have dilligently used this fantastic pump when breastfeeding my 3rd child and it has been such a breeze with Autumnz Passion Double Electric Pump. It is quiet, efficient, lightweight but most importantly successfully delivers what it promises. I have performed countless sessions of 'power pumping' with this pump and it has supported me throughout while ticking all boxes! With my other 2 children, I have only managed to breastfeed them till 1 year old but with my 3rd child, thanks to Autumnz Passion Double Electric Pump, I am still breastfeeding my baby. I particularly love the 'Double Alternate' mode where it automatically pumps both breasts in an alternate manner in a very soothing yet effective way. Love it and will definitely recommend it!



Thursday 18 September 2014

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 1

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan.

TEMPOH HAYAT 
1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan.

1PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU
1.1 BREASTPUMP :
  • Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)
  • Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan..
  • Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir
1.2 STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :
  • Pastikan dalam keadaan bersih dan kering
  • Pilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)     

Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk..      
2. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?
2.1 Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-
  • Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi pertama)
  • Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh)
2.2 Jika berada di pejabat :-
  • Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yg telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.
  • Corong dan peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi..boleh terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer. Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah.
2.3 Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin ;-
  • Anda boleh terus simpan stok ke dalam freezer untuk dibekukan
  • Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat
  • Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.
NOTA PENTING :-
# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC - 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC - 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan aircond sentiasa di pasang..
# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik. Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..

3. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?
3.1 Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM)..stok untuk digunakan esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam freezer.
3.2 Pastikan susu yg disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.
3.3 Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.
3.4 Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok

4. BAGAIMANA MELABEL BOTOL UNTUK MEMUDAHKAN PENGASUH? (Rujuk Gambar)
4.1 Pastikan bayi di bawah 6 bln tidak hanya dibekalkan dgn FROZEN EBM sahaja sebaiknya campurkan dengan FRESH/CHILLED EBM juga..
4.2 Sebaiknya jadikan botol yg berisi CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 1, FROZEN sebagai botol 2, FROZEN EBM sebagai botol 3, CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 4&5..ini kerana jika ada lebihan anda boleh gunakan botol 4/5 tersebut pada keesokan harinya kerana CHILLED EBM tahan sehingga 5 hari di dalam chiller..
Untuk langkah seterusnya boleh ke link ini :- Cara Pengendalian EBM

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 2

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)


MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk

2. FROZEN EBM - Susu ibu beku

3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan.

1. CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1.1 Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas.Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Bila? sebaiknya sehari sebelum EBM hendak digunakan.

1.2 Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman.

1.3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.

1.4 Jika telah mencair, tuangkanEBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Kenapa? Bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.

1.5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip

1.6 Tinggalkan sebentar sementara itu anda bolehlah mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja.

1.7 Jika telah cair, ikuti langkah 1.5

NOTA PENTING :

#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan

#FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan

#CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 4jam selepas dipanaskan

#EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula

2. CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

2.1 Setelah mengikuti langkah 1.5, pengasuh boleh terus mengambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

2.2 Jika tidak mengikuti langkah 1.5, pengasuh hendaklah memanaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.

2.3 {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.

2.4 Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.

2.5 Titikkan sedikit susu supaya ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.

2.6 Kini, anak boleh disusukan dengan susu ibu.

Nota PENTING :

#Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam. #Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molikul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.

#Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave TEMPOH HAYAT EBM Seperti dalam jadual di bawah.


Monday 1 September 2014

~ Lacte Duet Electric Breastpump - THE REAL DUET BREASTPUMP ~

Memandangkan sekarang saya tengah buat review dan mencari Electric Breastpump yang sesuai utk next baby,saya nak kongsikan sedekit kelebihan Lacte Duet Breastpump yang menjadi pilihan saya...

NAK TAHU APA KELEBIHAN LACTE DUET ELECTRIC BREASTPUMP?




**HEAVY DUTY PUMP!! ** - ni antara ciri2 yang saya cari

✔ DOUBLE pump

✔ Ada 2 motor kanan & kiri, jadi tak perlu tanggal tiub kalau nak buat single pumping. Then kalau 1 motor rosak masih boleh berfungsi lagi 1 motor.

✔ Boleh di kawal secara individu samada kiri @ kanan @ berduet.

✔Sesuai untuk kegunaan di rumah @ di pejabat

✔ Ada SKRIN untuk menunjukkan TIMER dan suction LEVEL.

✔ Ringan & mudah dibawa kemana sahaja.Boleh menggunakan power bank jika tiada elektrik. Boleh sambung pada laptop juga. Sesuai digunakan di rumah atau di pejabat

✔ Bunyi SENYAP. Tak ganggu rakan ofis semasa kita mengepam.

✔ Ada SILICON shield yg lembut pada corong pam ala2 medela soft fit so tak menyakitkan ibu..

✔ Dilengkapi dengan 2-PHASE expression. Ada stimulate dan express mode(Seperti pam medela, rumble tuff dan spectra M1)

✔ Unique soft breast shield design menambah keselesaan ibu & membantu stimulation.

✔Parts sikit je, so senang nak basuh compare dgn sesetengah jenis pam yg agak rumit dan terlalu banyak part..

✔ 9 Level sedutan yg POWER untuk keselesaan Mommies & mengikut Pattern Mimik bayi, Stimulate-n-Suck..mmg best sgt walaupun guna level tinggi tetap tak rasa sakit dan bunyi pum tak bising.. :)

✔Anti-Back FLow

✔ Diberi wide neck to standard neck BOTTLE CONVERTER.

**harga sebenar Lacte Duet Breastpump shj RM629

Tapi bulan ni saya nak share dgn korang utk Lacte Duet Breastpump pada harga sangat jimat...


1x Lacte Duet Electric Breastpump worth RM629


HARGA SUPER JIMAT!!


RM449 WITH FREE GIFT(BERNILAI RM117)


FREE USB cable worth RM25
FREE Jingle Jungle Ezara cooler bag worth RM29.90
FREE Jingle jungle storage bottle 6pk worth RM24.90
FREE Jingle jungle Mom's Love Reusable ice pack worth RM15.90

Free poslaju worth RM32.00


JOM DAPATKAN SEBELUM TERLAMBAT,




Email:aleesalittlezone@gmail.com

sms|whatsapp : 011-14347183@018 2546253(asniza)

Tuesday 29 April 2014

KALSIUM KURANGKAN KOMPLIKASI SEMASA MENERAN


APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
Menurut kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad "Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain'.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak.
Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari.Saya yakin ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu,saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran,buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.
Diet sumber asli
Walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Malah pra-eklampsia juga berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

Sumber:Kosmo


Sunday 30 March 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Bagaimana mengetahui diri mengandung?

Jom kita baca aptanda-tanda awal kehamilan.....

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 


2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.


3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil.Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.


4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil,sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 


5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 


6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 


8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 


9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 


10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 


11. Peningkatan temperature tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 


12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.


13. Pusing atau pengsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 


14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.


15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.


Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

kredit: http://www.momschoice.com.my