Tuesday 18 June 2013

Sistem Lupus Erythematosus (SLE)

#CREDIT INFO : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Apakah Systemic Lupus Erthematosus?
Systemic Lupus Erythematosus atau ringkasnya SLE ialah keadaan di mana berlaku gangguan kepada sistem pertahanan badan seseorang individu. Badannya akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri. Ini akan mengakibatkan organ-organ tubuh seperti buah pinggang, otak, paru-paru, jantung, kulit,sendi dan sistem darah menjadi rosak. Penyebab sebenar penyakit ini tidak di ketahui, tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit.
Apakah gejala dan tanda SLE ?
Gejala dan tanda-tanda seperti berikut:
  • Demam yang berpanjangan
  • Turun berat badan
  • Sakit sendi
  • Ruam kulit terutama bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari
  • Kudis/luka pada mulut
  • Bengkak muka dan kaki
  • Rambut gugur
Komplikasi SLE
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Jangkitan
  • Muka merah (Flare)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
Rawatan
  • Rawatan bergantung kepada keadaan penyakit dan organ atau sistem badan
Ubat-ubatan yang digunakan termasuk:
  • Steroids (cth: prednisolone)
    • Ubat ini mempunyai kesan sampingan seperti penambahan berat badan, bengkak muka, jerawat, lambat membesar, tulang yang lembut dan kataraks. Jika kesan ini serius, doktor akan berbincang untuk rawatan gantian lain
    • Ubat saitotoksik (Cytotoxic drugs) contoh: cyclophosphamide
      • Sebagai rawatan lain menggantikan ubat steroid dengan dos yang tinggi dan digunakan juga untuk mengurangkan dos ubat steroid dan kesan sampingannya.
      • Kesan sampingan ubat ini ialah merosakkan tulang sumsum dan meningkatkan risiko kejadian kanser dan mandul. Doktor akan berbincang dengan anda bagaimana untuk menyeimbangkan antara faedah dan risiko rawatan ini.
    • Steroid and krim penahan cahaya matahari untuk mencegah ruam kulit
    • Ubat rawatan darah tinggi
Kehidupan dengan SLE dan mencegah dari menjadi lebih teruk
  • Adalah sangat penting bagi anda dan anak anda patuh kepada nasihat dan arahan doktor terutama mengenai rawatan. Aspek penting ialah:
    • Mengambil ubat seperti yang diarahkan
    • Menjalani ujian darah dan air kencing bila perlu
    • Mematuhi jadual temu janji rawatan susulan
    • Mengikut arahan mengelakkan terdedah kepada cahaya matahari atau menggunakan bahan/krim pelindung cahaya matahari
    • Rehat yang cukup bagi mengelakkan tekanan
Pemulihan
  • Anda mesti mendidik anak anda (bergantung kepada umur dan keupayaannya) berkenaan penyakit, rawatan, kesan sampingan dan langkah-langkah mengurangkan kesakitan
  • Adalah penting untuk menjelaskan kepada gurunya berkaitan ketidakhadiran di sekolah, perubahan paras wajah dan pengecualian daripada setengah-tengah aktiviti di sekolah.

No comments:

Post a Comment