Thursday 18 September 2014

CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) PART 1

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM - expressed breast milk
2. FRESH EBM - susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM - susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan.

TEMPOH HAYAT 
1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan.

1PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU
1.1 BREASTPUMP :
  • Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)
  • Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan..
  • Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir
1.2 STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :
  • Pastikan dalam keadaan bersih dan kering
  • Pilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)     

Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk..      
2. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?
2.1 Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-
  • Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi pertama)
  • Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh)
2.2 Jika berada di pejabat :-
  • Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yg telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.
  • Corong dan peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi..boleh terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer. Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah.
2.3 Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin ;-
  • Anda boleh terus simpan stok ke dalam freezer untuk dibekukan
  • Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat
  • Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.
NOTA PENTING :-
# Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC - 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas..
# FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC - 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan aircond sentiasa di pasang..
# Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik. Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..

3. APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?
3.1 Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM)..stok untuk digunakan esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam freezer.
3.2 Pastikan susu yg disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.
3.3 Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.
3.4 Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok

4. BAGAIMANA MELABEL BOTOL UNTUK MEMUDAHKAN PENGASUH? (Rujuk Gambar)
4.1 Pastikan bayi di bawah 6 bln tidak hanya dibekalkan dgn FROZEN EBM sahaja sebaiknya campurkan dengan FRESH/CHILLED EBM juga..
4.2 Sebaiknya jadikan botol yg berisi CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 1, FROZEN sebagai botol 2, FROZEN EBM sebagai botol 3, CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 4&5..ini kerana jika ada lebihan anda boleh gunakan botol 4/5 tersebut pada keesokan harinya kerana CHILLED EBM tahan sehingga 5 hari di dalam chiller..
Untuk langkah seterusnya boleh ke link ini :- Cara Pengendalian EBM

No comments:

Post a Comment