Wednesday 30 October 2013

PUNCA PENGHASILAN SUSU IBU MEROSOT

Dalam sebuah perjalanan penyusuan, susu merundum adalah saat yang paling ditakuti oleh ibu-ibu yang menyusukan.


Ramai ibu apabila ini berlaku akan cepat melatah. Apa sahaja milk booster yang dicadangkan akan menjadi pilihan namun yang paling sedih apabila si ibu mengharapkan kesan magik yang segera.

Walhal tanpa kita sedari susu merundum bukanlah berlaku secara mendadak. Ia berlaku secara perlahan-lahan atas tindakan ibu itu sendiri.

Antara punca penghasilan susu ibu merosot adalah kerana:

1. Si ibu tidak mengepam dengan konsisten setiap 2-3 jam. Hakikatnya jika si ibu tidak mampu untuk mengepam setiap 2-3 jam, si ibu perlu berusaha menyediakan waktu pada malam hari untuk melakukan power pumping.

2. Pengambilan air yang tidak dipantau serta makanan dicatu kerana khuatir gemuk. Sedangkan ibu menyusu perlu mendapat cukup kalori serta banyak air untuk bekalan tubuh ibu serta untuk penghasilan susu ibu.

3. Ibu sering mengalami keletihan dan mood yang tidak stabil maka ini mengganggu penghasilan hormon oksitosin dirembeskan. Keletihan, tekanan akan menyebabkan lebih banyak vitamin seperti vitamin B dan vitamin C yang sedia ada dalam tubuh dimusnahkan kerana dua vitamin ini adalah ' fragile'dan kerana ia vitamin larut air. Ibu yang menyusu sangat perlu dan penting untuk pengambilan vitamin B dan vitamin C yang mencukupi agar ibu boleh mengawal stress.

4. Si ibu tidak mengendahkan keperluan pengambilan kalsium dan protien dalam diet harian. Komposisi utama dalam susu ibu adalah protein, kalsium dan vitamin lain. Kekurangan protein, kalsium dan zat vitamin akan menyebabkan penghasilan susu semakin menurun.

Dan ada beberapa lagi faktor yang ibu tidak sedari. Namun hakikatnya susu mula menurun disebabkan faktor yang berpunca dari amalan harian si ibu.

Maka jika hari ini anda mempunyai susu yang lumayan, beringatlah untuk masa akan datang. Jangan sesekali menjadikan amalan-amalan penting penyusuan itu 'last resort' tetapi jadikan ia satu usaha yang istiqamah.

Apa yang kita perolehi hari ini adalah apa yang kita lakukan atau usahakan sebelum ini. Maka untuk bersenang di masa akan datang kita perlu bersusah dari sekarang.

(credit to www.anakkuwiraku.com)

No comments:

Post a Comment