Sunday 23 June 2013

Suplemen untuk kesihatan dan kecantikkan

Assalam semua.. 
Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang suplemen shaklee yang menjadi pilihan ramai iaitu Suplemen utk kesihatandan kecantikkan kulit..dan sempena bulan june ini kami juga menawarkan promosi harga istimewa untuk set ini..

Euphoria Skin Care Set  mengandungi vitamin seperti di bawah

* B complex
* Vitamin c
* Vitamin e
* Gla Complex
* Energizing Soy Protein

Pengambilan set diatas secara konsisten insyaAllah membantu anda mendapatkan kulit yang cantik berseri, tegang anjal dan glowing2 gitu.. (^_^).. tetapi bagi mereka yang mempunyai kekangan utk mendapatkan set lengkap di atas.. memadai untuk anda mencuba dulu dua vitamin set skin care badget yang kami sediakan iaitu Esp dan Gla Complex


GLA COMPLEX: Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis. GLA Complex Shaklee dibuat daripada Borage oil yang mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Yg menariknya, Vitamin E yang sinonim dengan kulit juga terdapat dalam GLA complex. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni

* Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
* Membantu meningkatkan kesuburan
* Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
* Membantu dalam menangani menopus
* Menguatkan kuku dan rambut
* Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
* Membantu menangai ekzema
* Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
* Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
* Menguatkan imuniti tubuh
* Memperlahankan proses penuaan
* Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
* Mengawal kencing manis dan darah tinggi
* Mengawal kolesterol
* Untuk fungsi saraf

ESP terkenal dengan soya yang sangat asli di mana tidak mempunyai apa-apa rasa, tidak menggemukkan dan ia kaya dengan protein. Mereka yang mengambil soya kebanyakan mengakui bahawa payudara mereka mudah bengkak (utk bf mom) dan mudah rasa kenyang sepanjang hari . ia juga bagus untuk kesihatan kulit di mana ia memperbaiki sel-sel yang mata serta mencantikan kulit dan wajah kita secara tidak langsung. Sesuai di ambil oleh semua yea bukan hanya utk bf mom..


Fungsi Energizing Soy Protein
  • membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
  • kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
  • rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
  • protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
  • memberi tenaga
  • mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
  • membantu memekatkan dan mempercepatkan penghasilan susu 
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya :

Nur Asniza(ID 934271)



Sms|Whatsapp:018 2546253

Email: asnizatm@gmail.com

COD area: Sg Buloh,Sri Damansara,Kota Damansara,Damansara Damai

Wednesday 19 June 2013

Tentang Shaklee

Permintaan untuk menjadi ahli SHAKLEE hari nie semakin menjadi2.. Permintaan melebihi Borang keahlian yang ade di dalam simpanan..

Soalan Lazim..

Berapa Kos Kerugian Nak joint Member...??  Pendaftaran keahlian : RM 65 + RM 10(WM)/RM 20(EM) Postage Memberkit
Atau, pembelian bernilai RM 650 (=200 UV)bagi mendapatkan keahlian PERCUMA

Haa betul ke..?? bukan ke orang kata MLM kene buat loan segala. Itu saya tak tahu.. yang saya tahu group kami tidak ada konsep HEAD-HUNTING atau membeli pangkat...!! Sampai dah ada yang jadi MASTER pun tak pernah pun ade lambakan atau longgokan STOK di rumah.

Saya pemalu, tak reti laa kak nak jual-jual2 nie.. 

Nak tahu tak.. kebanyakan dari kami.. semuanya pemalu.., saya pun dulu bukan student business.. so semua itu bukan alasan..

Betul ke MLM ni kaya kan orang atas je..??  


Tak betul.. sebab dalam sistem SHAKLEE siapa yang buat dia akan dapat.. anytime dowline boleh je cantas upline..!! anytime DOWNLINE boleh naik dulu dari UPLINE. yang penting u ade kemahuan.. Sejarah telah membuktikan..

Jom sama2 berMIMPI bersama kami.. MIMPI yang pasti AKAN jadi KENYATAAN dengan SYARAT ade kemahuan dan yakin pada kemampuan diri.. Siapa anda..? Bagaimana latar belakang anda..? Tahap Pendidikan anda..? semua itu tidak penting..!! yang penting SEMANGAT, KEYAKINAN DIRI, USAHA, dan KEPERCAYAAN pada diri sendiri merupakan kunci yang saya perlu kan untuk bawa kalian sama bermimpi..

ANDA BERSAMA KAMI BUKAN UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN KAMI.. TAPI IANYA UNTUK IMPIAN DIRI SENDIRI..!!

Get Clean® Water Pitcher


MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak



KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.




Nur Asniza (ID 934271)



Sms/Whatsapp:018 2546253

Email: asnizatm@gmail.com

COD area: Sg Buloh,Sri Damansara,Kota Damansara,Damansara Damai



Tuesday 18 June 2013

Tips Beli Kasut Anak


Bila tengok barisan kasut budak-budak di kedai kasut, rasa macam hendak beli semuanya. Dengan rekaan cantik, warna menarik dan saiz yang comel, siapa pun melihat pasti berasa geram.
Tapi papa dan mama jangan mudah terpengaruh dengan kasut-kasut tersebut kerana bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki sebaliknya ia membantu pembentukan otot dan tulang kakinya yang masih sensitif. Apatah lagi sekiranya anak anda masih belum pandai berjalan. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan keinginan anak untuk berjalan.
Kasut yang hanya cantik dipandang tetapi tidak selesa dipakai boleh mengganggu pergerakan otot-otot tubuh bahagian bawah menjadi tidak terlatih dengan baik. Akibatnya ia boleh memberi kesan di kemudian hari. Sebagai ibu bapa, anda perlulah tahu keperluan anak ketika membesar. Jangan terlalu ikutkan hati membeli kasut kerana geram dengan rekaannya yang menawan. Berikut beberapa tip yang perlu diambil berat semasa membelikan anak sepasang kasut.
1.      Fesyen
Pilih kasut yang menutup tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari kaki anak mudah bergerak dan berkembang dengan baik. Elakkan kasut yang berhujung runcing kerana ia menyekat pergerakan jari jemari kaki. Kalau yang ada anak perempuan, jangan terlalu cepat membenarkan anak kecil bertumit tinggi kerana ia boleh membuatkan kaki anak cenderung ke depan.
2.      Pemilihan bahan
Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Ini boleh membuatkan tulang kaki anak tidak berkembang dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat daripada bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat.
3.      Ukuran
Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun. Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu kasut itu di kaki anak anda dalam keadaan anak berdiri dan anak anda memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar.
4.      Bahagian dalam kasut
Pilih bahagian dalam kasut yang dilapisi pengalas lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras.
5.      Tumit kasut
Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi, maksimum hanya satu sentimeter. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga anak anda mudah melangkahkan kaki dengan selesa.

Sumber:Pa&Ma

Sistem Lupus Erythematosus (SLE)

#CREDIT INFO : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Apakah Systemic Lupus Erthematosus?
Systemic Lupus Erythematosus atau ringkasnya SLE ialah keadaan di mana berlaku gangguan kepada sistem pertahanan badan seseorang individu. Badannya akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri. Ini akan mengakibatkan organ-organ tubuh seperti buah pinggang, otak, paru-paru, jantung, kulit,sendi dan sistem darah menjadi rosak. Penyebab sebenar penyakit ini tidak di ketahui, tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit.
Apakah gejala dan tanda SLE ?
Gejala dan tanda-tanda seperti berikut:
  • Demam yang berpanjangan
  • Turun berat badan
  • Sakit sendi
  • Ruam kulit terutama bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari
  • Kudis/luka pada mulut
  • Bengkak muka dan kaki
  • Rambut gugur
Komplikasi SLE
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Jangkitan
  • Muka merah (Flare)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
Rawatan
  • Rawatan bergantung kepada keadaan penyakit dan organ atau sistem badan
Ubat-ubatan yang digunakan termasuk:
  • Steroids (cth: prednisolone)
    • Ubat ini mempunyai kesan sampingan seperti penambahan berat badan, bengkak muka, jerawat, lambat membesar, tulang yang lembut dan kataraks. Jika kesan ini serius, doktor akan berbincang untuk rawatan gantian lain
    • Ubat saitotoksik (Cytotoxic drugs) contoh: cyclophosphamide
      • Sebagai rawatan lain menggantikan ubat steroid dengan dos yang tinggi dan digunakan juga untuk mengurangkan dos ubat steroid dan kesan sampingannya.
      • Kesan sampingan ubat ini ialah merosakkan tulang sumsum dan meningkatkan risiko kejadian kanser dan mandul. Doktor akan berbincang dengan anda bagaimana untuk menyeimbangkan antara faedah dan risiko rawatan ini.
    • Steroid and krim penahan cahaya matahari untuk mencegah ruam kulit
    • Ubat rawatan darah tinggi
Kehidupan dengan SLE dan mencegah dari menjadi lebih teruk
  • Adalah sangat penting bagi anda dan anak anda patuh kepada nasihat dan arahan doktor terutama mengenai rawatan. Aspek penting ialah:
    • Mengambil ubat seperti yang diarahkan
    • Menjalani ujian darah dan air kencing bila perlu
    • Mematuhi jadual temu janji rawatan susulan
    • Mengikut arahan mengelakkan terdedah kepada cahaya matahari atau menggunakan bahan/krim pelindung cahaya matahari
    • Rehat yang cukup bagi mengelakkan tekanan
Pemulihan
  • Anda mesti mendidik anak anda (bergantung kepada umur dan keupayaannya) berkenaan penyakit, rawatan, kesan sampingan dan langkah-langkah mengurangkan kesakitan
  • Adalah penting untuk menjelaskan kepada gurunya berkaitan ketidakhadiran di sekolah, perubahan paras wajah dan pengecualian daripada setengah-tengah aktiviti di sekolah.

Monday 17 June 2013

Basic H Shaklee,satu untuk semua

Beli 1 botol. Apa gunanya?



1. Mandikan anak bila demam
2. Colekkan pd ulcer dlm mulut
3. rendam dan buang toksik pd sayuran dan buahan
4. Cuci bilik air
5. cuci cermin
6. Sembur ke kawasan yg dihurungi lalat
7. Sembur ke kawasan kegemaran lipas
8. Sapu pada luka
9. cuci dapur dan kotoran degil
10. Cuci dakwat
11. Cuci kesan minyak
12. Hapuskan kutu kepala
13. Sapu pada bahagian kena minyak panas
14. mop lantai
15. baja pada pokok
16. Halau serangga perosak tanaman
17. Mandi utk hapuskan daki
18. colekkan pada jerawat
19. tajamkan pisau
Dan banyak lagi. Saya juga banyak pengalaman menggunakannya.
Yg penting kalau ada keluarga yg asma dan alah pd chemical, Basic H adalah bebas chemical.
BASIC H ADALAH SATU UTK SEMUA

Sunday 16 June 2013

Doa dan petua Untuk Tambah Susu

Antara petua dan amalan utk menambah atau membanyakkan SUSU IBU yang saya dapat kongsikan hasil dari pembacaan, pengalaman dan perkongsian dari rakan-rakan yang sama menyusukan bayi..

~Minuman- Air masak; minum lebih 3 liter sehari

~Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.

~Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam

~Pengambilan oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan

~Amalkan minum milo/nestum/ horlicks

~Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina- Soya - Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus

~Air Kelapa- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula.

~Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.

~Milkmaid tea- Melilea Organic Soya Drink

~Autumnz Organic Nursing Tea
~Joy Angel Nursing Tea

Zikir dan Doa
~Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. 

~Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." 

~Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam. 

~Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllahMaksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". Lain-lain Amalan- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju

-Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
-Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di handphone atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu. "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

Saturday 15 June 2013

Tips Atasi Anak Kencing Malam




“Mama, Aiman terkencing atas katil.” Adoi, bila dengar si kecil memberitahu ayat tersebut sebaik bangun tidur, rasa macam nak menjerit pun ada. Macam mana agaknya hendak mendidik anak supaya jangan kencing malam di atas katil?

Kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.

Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.

Namun jika berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetes atau buah pinggang.

Apakah punca kencing malam?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.

Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil.
Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.

Tip mengatasi
*Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.

*Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.

*Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.

*Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.

*Jika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.

*Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.

*Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.

*Cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.

*Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.

*Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.

Sumber: Pa&Ma

Tahi Telinga Anak Keras


Tentu anda pernah berhadapan dengan situasi di mana anak menangis apabila dibersihkan tahi telinganya. Ada orang kata ia disebabkan tahi telinga keras seperti berhabuk.
Biarpun sudah dibawa berjumpa doktor dan dibekalkan ubat untuk mencairkan tahi telinga, masalah itu masih juga tidak selesai. Pastinya anda sebagai ibu bapa bimbang keadaan ini akan memberi kesan sampingan sekiranya kerap menggunakan ubat untuk memcairkan tahi telinga itu.

Menurut Pakar Pediatrik DEMC Medical Centre, Dr Roliza Ibrahim, telinga kanak-kanak tidak boleh dibersihkan terlalu kerap kerana ini sebenarnya boleh menyebabkan telinga dijangkiti kuman. Telinga hanya perlu dibersihkan sekali setiap satu atau dua minggu. Ini kerana tahi telinga selalunya akan mengalir keluar dan kita hanya perlu mencuci di luar sahaja.

Namun begitu, sesetengah kanak-kanak akan mengalami tahi telinga keras di mana tahi telinga susah untuk mengalir keluar.
Untuk mengatasi masalah ini, ubat selalunya digunakan untuk mencairkan tahi telinga supaya ia lebih mudah dicuci kerana tahi telinga yang keras tidak boleh dan susah untuk dikorek. Penggunaan ubat ini secara berpanjangan selalunya tidak akan mengundang masalah.

Namun jika tahi telinga tersebut masih tidak boleh keluar walaupun dengan penggunaan ubat, disarankan ibu bapa membawa anak berjumpa doktor supaya tahi telinga tersebut boleh disedut keluar.

Tahi telinga keras yang dibiarkan boleh menyebabkan telinga terasa sakit atau pendengaran agak kurang dan ia juga boleh mengundang jangkitan kuman.

Thursday 13 June 2013

Collagen Powder


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



Pengambilan Collagen Powder Shaklee secara berturut-turut selama 8 minggu akan memberikan hasil yang hebat dan menakjubkan. Apa tidaknya, kesan pengambilan selama satu hari akan memberikan rasa halus di tapak tangan dan ada yang telah mencuba selama tiga hari, kesan 'kawah' jerawat dimuka semakin cetek, kedalaman lubang bekas jerawat kian beransur pulih.

Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) telah menjalani ujian klinikal dan telah terbukti mampu menghilangkan kedutan halus dan kasar juga membaiki tekstur kulit muka. Pengambilan Collagen Powder Shaklee selama 8 minggu akan menjadikan kulit menjadi lebih baik secara total atau menyeluruh. Hanya perlu 4 kotak untuk hasil yang menakjubkan. Bukan hanya kulit di sekitar muka yang menjadi lebih baik, malahan perubahan ketara akan dirasai pada seluruh badan.

Keberkesanan Collagen Powder Shaklee Terbukti dapat:
  • meningkatkan kelembapan kulit hingga 90%
  • mengurangkan kekasaran dan kekeringan hingga 75%
  • meningkatkan dalam penampilan keseluruhan hingga 71%
  • meningkatkan kelembutan dan kelicinan hingga 69%
  • meningkatkan pemakaian kekal mekap hingga 60%
  • meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti hingga 55%
  • meningkatkan keserian, tona dan warna kulit hingga 50%
  • mengurangkan garis halus dan kedutan hingga 18%

Shaklee RSS secara langsung akan memberikan kesan yang menakjubkan:
  • ANTI PENUAAN - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • MENGHIDRAT - melembapkan kulit bagi mengurangi rasa keringdan berkupas pada muka
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • MELICINKAN - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  • MENYUBUR - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • MENCERAH - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • MENEGANG - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
dan Collagen Powder Shaklee membantu menyokong kesihatan sendi-sendi dan menguatkan tulang. Juga membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut. 

Siapa yang tak nak kekal awet muda kan? Atau tua sebelum usia. Dah dipanggil makcik, walhal umur kita baru nak masuk 30an, siapa tak terasa hati kan? Alangkah baiknya, jika kita berjalan-jalan dengan adik kita, kemudian orang tegur dan mengatakan kitalah yang adik. Wow pasti senyum meleret satu hati.

Tak salah menjaga kecantikan dan kesihatan diri, malahan amat dianjurkan di dalam Islam. Rasulullah juga sangat sukakan yang cantik. Allah juga lebih sukakan orang beriman yang kuat dari orang beriman yang lemah. 

Berapa harga collagen shaklee
Retail price RM298. Special price boleh contact saya :) 
Jangan terkejut, kenapa ia mahal?Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

Nur Asniza(ID 934271)
FB: Nur Asniza
Page: Aleesa Little Zone
Sms|Whatsapp:018 2546253
Email: asnizatm@gmail.com


COD area: Sg Buloh,Sri Damansara,Kota Damansara,Damansara Damai

Rawat Luka Caesarean Dengan Shaklee

EPISIOTOMI




Ia adalah pembedahan terkawal yang dibuat di kawasan perineal (di antara vagina dan dubur) selepas kelahiran. Pada masa lalu, episotomi digunakan secara rutin untuk mengurangkan risiko koyakan vagina semasa kelahiran.
Tetapi kajian terbaru tentang episotomi menunjukkan episotomi rutin tiada kelebihan yang betul kepada ibu dan mungkin akan membuat proses penyembuhan lebih teruk. Malah beberapa kajian menunjukkan pelecetan yang lebih teruk dikaitkan dengan pembedahan episiotomi yang kerap.
Penyembuhan episiotomi adalah lebih kurang dengan penyembuhan koyakan; ia bergantung kepada kedalaman koyakan dan pelecetan anda. Kesakitan akan hilang dalam masa satu atau dua bulan untuk ramai wanita melainkan anda mengalami koyakan yang lebih akibat daripada pembedahan tersebut.


Luka bersalin perlu dijaga dengan rapi, tidak kira sama ada luka episiotomi ataupun luka caesarean. Pemakanan dan pergerakan ketika berpantang perlu dijaga. Di sini, saya sarankan satu alternatif sebagai ikhtiar untuk mempercepatkan luka bersalin sembuh ialah dengan pengambilan makanan tambahan @ supplemen.

ESP Shaklee

ESP Shaklee adalah sumber protein terbaik dan sangat berkualiti. Protein ini sangat penting dalam membantu proses penyembuhan kerana protein adalah agen yang berfungsi untuk menggantikan sel-sel dan tisu2 badan yang mati atau rosak. antara peranan2 protein yang lain ialah:

-Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
-Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
-Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
- Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Zinc Complex

Kekurangan zinc melambatkan proses penyembuhan luka kerana badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang setersnya membantu dalam penyembuhan luka.

Vitamin C


Vitamin C dikenali dengan istilah asid askorbik. Fungsi vitamin C antara lain adalah sebagai pembentuk dan pengekal kolagen (suatu protein yang sangat penting untuk memperkuat kedudukan sel badan), mempercepat proses penyembuhan luka.
Kesimpulannya, 3 meneral utama ini sangat deperlukan untuk membantu penyembuhan luka bersalin ini, baik luka di perinium mahupun luka ceasarean.okay, sekian dahulu perkongsian saya pada kali ini.

Sudahkah Anda Semua Melakukan Ujian Pap Smear ??


INFO PENTING:

Ujian Pap Smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan.
Risiko kanser serviks menjadi 3 hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan ujian Pap Smear secara berkala.
(Sumber: Kosmo! Online)

Apa itu Ujian lumuran Pap (Pap Smear)?

Ujian lumuran Pap merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.



Pap smear bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan serviks pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain.CIN tidak memberikan sebarang simptom dan hanya boleh dikesan melalui ujian pap smear



Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.



Inilah dia  antara alat yg sangat ditakuti ramai wanita -- Speculum

Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi?

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.



Perbezaan antara sel yang normal dan tidak normal (kemungkinan kanser)


Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.


Di Manakah Ujian Pap Smear Boleh Didapati?

Ujian ini boleh didapati di:
Pusat Kesihatan Kerajaan

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear?


Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian Pap Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Pap Smear Harus Dilakukan?

Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.


Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.


Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.


Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Tabiat seks: memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).


Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.


Apa yang harus dilakukan ketika menghadapi kanser?

Berfikiran positif.

Akhir kata...buat sahabat-sahabat semua..janganlah "takut" untuk melakukan ujian pap smear ini demi kebaikan anda semua....sekiranya ada sebarang yg tak normal sekurang-kurangnya kita dapat kesan dari awal dan boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya sebelum ianya terlambat..