Wednesday, 17 July 2013

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Petua tradisional hilangkan jeragat.Selain rawatan moden, masalah jeragat juga boleh diatasi dengan petua tradisional. Berikut beberapa petua tradisional yang boleh anda cuba!

Sirih Muda

Sediakan beberapa sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Putih Telur

Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan lekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci sehingga bersih.

Hampas Kelapa 

Gosokkan hampas kelapa di seluruh muka anda. Biarkan selama 14minit. Amalkan selalu. Selain untuk hilangkan jeragat, kulit muka akan halus gebu.

Betik,Beras dan Kayu manis


Ambil 2 inci daun betik, 1 gengam beras air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah kembang, tumbuk atau kisar dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Kemudian sapukan ke seluruh muka, biarkan ia kering hingga 20minit.


PERHATIAN!!!
Jika anda malas untuk mengamalakan Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat, Boleh juga cuba Petua Moden Hilangkan Jeragat.KLIK SINI
Kredit: Majalah Rapi




1 comment: