Sunday, 21 July 2013

Tips Banyakkan Susu Badan


Memang stress rasanya apabila susu mulai merudum. Jenuhlah segala macam petua diamalkan, segala macam milk booster dan galactagogue ditelan, doa dan zikir diamalkan, namun hampa. 

Jangan teruskan kehampaan anda itu! Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Okey kali ni jom buat sedikit bacaan tentang punca susu merudum dan tips ringkas lagi praktikal untuk mengatasi masalah susu merudum.

Info ini saya extract daripada blog MamaQaireen

9 sebab susu merudum

  1. Haid
  2. Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
  3. Stress
  4. Puasa 
  5. Sakit
  6. Mengandung
  7. Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafin)
  8. Letih dan kurang tidur
  9. Anak dah mula meningkat usia (hampir 2 tahun)

Jadi, apa tips yang boleh ibu-ibu cuba untuk mengembalikan/ membanyakkan susu yang merudum?

POWER PUMPING


Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah. 

Kaedah Power Pumping (dalam masa 60 minit)

(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat, 
10 minit pam, 10 minit rehat

(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat

KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM

Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.

KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula.Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL –feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan). 
  • Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran 
  • susu. 
  • Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat. 

So jangan biar lama-lama atau biar betul-betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bilapayudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.

PAM DENGAN LEBIH LAMA

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar. 

RANSANG PUTING PAYUDARA

Sebelum pam, cuba anda gentel - gentel puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudaraiaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar. Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.

AMBIL MAKANAN BERKHASIAT

Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai contoh makanan yang tinggi protein, serat dan kalsium.

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Nur Asniza Asman
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 934271 ]
Contact No | WhatsApp :018 2546253
Emel : asnizatm@gmail.com

No comments:

Post a Comment