Antara petua dan amalan utk menambah atau membanyakkan SUSU IBU yang saya dapat kongsikan hasil dari pembacaan, pengalaman dan perkongsian dari rakan-rakan yang sama menyusukan bayi..
~Minuman- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
~Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
~Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
~Pengambilan oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
~Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
~Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina- Soya - Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
~Air Kelapa- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula.
~Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
~Milkmaid tea- Melilea Organic Soya Drink
~Autumnz Organic Nursing Tea
~Joy Angel Nursing Tea
Zikir dan Doa
~Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
~Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
~Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
~Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllahMaksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". Lain-lain Amalan- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di handphone atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu. "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"
untuk saya, susu kambing bertindak sebagai milkbooster..pagi2 bancuh dgn vico:))..Saya juga mengamalkan hababtus sauda, alfalfa, ostematrix (kalsium), vitamin c, ESP (sumber protein) dan air suam 2-3 liter sehari...Alhamdulillah susu meriah..yang penting ikut konsep demand and supply.
ReplyDelete
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya pengambilan vitamin seperti B Complex, Vitamin C dan sebagainya sangat digalakkan kerana ia dapat menghindar si ibu daripada mudah berasa letih dan memastikan khasiat yang mencukupi terkandung di dalam susu badan yang dihasilkan.
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Tambah Susu
ReplyDeleteTq for sharing ;)
ReplyDelete