Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi.Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antar satu bayi dengan bayi yang lain.
Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.
Perkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelitbukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan.
Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah.
Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami ssembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi.Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi apabila anak tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit.Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.
Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak.
Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.
MEAL SHAKE
~Mealshakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.
BAGAIMANA MEAL SHAKE MEMBANTU MASALAH SEMBELIT ?
Kandungan SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak kita.
SERAT ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang KOLESTROL berlebihan!
Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi gumpalan najis,
SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (kira tak SEMBELIT).
Di sinilah pentingnya anak kita MINUM BANYAK AIR.
Akhirnya, SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.
No comments:
Post a Comment