Monday 20 May 2013

[MAKANAN SIHAT] KEBENARAN TENTANG MSG

Kita biasa dengan slogan "MSG merosakkan otak", "no-MSG food" dan sebagainya..


Tahukah anda apa MSG sebenarnya?

MSG atau monosodium glutamate, adalah terdiri dari garam (sodium/natrium) dan asid glutamik (glutamate) yakni sejenis asid amino yang terdapat secara semulajadi dalam makanan2 seperti keju, ayam, tomato dan kicap. MSG dalam masakan diperbuat daripada gula tebu yang ditapai.

Tahukah anda MSG juga dikenali sebagai 'the fifth taste' atau rasa ke-5 selain 4 rasa : manis, masin, masam dan pahit.

MSG telah digunakan dalam masakan terutama masakan Cina sejak sekian lama, namun pada tahun 1968, seorang doktor telah melaporkan kepada New England Journal of Medicine bahawa beliau telah jatuh sakit selepas makan makanan Cina, antara lain menyebut kandungan MSG di dalamnya.

Maka timbul bermacam2 cerita tentang bahaya MSG, termasuk peristiwa 'pertarungan' antara pengeluar sup - Campbell dan Progresso - yang mana kedua2 saling merendahkan yang lain, bila Progresso tidak menggunakan MSG dan Cambell menggunakannya. Akhirnya kita mendapat mesej bahawa MSG BAHAYA UNTUK KESIHATAN, MENYEBABKAN PELBAGAI PENYAKIT DAN KEGEMUKAN.

Namun, beberapa ujian telah dibuat terhadap orang yang sama dilaporkan 'sakit' kerana MSG, dan hasilnya..

(1) Mereka didapati alergik kepada makanan yang telah dimasukkan MSG itu, bukan MSG. Contohnya makanan laut, ayam dan sebagainya.
(2) MSG mengandungi 1/3 kandungan garam dari garam biasa.

Walau bagaimanapun, dari kajian yang diselia oleh FDA, kebanyakan orang memang mennjukkan ciri2 dramatik selepas mengambil MSG dalam kuantiti yang banyak semasa perut kosong, seperti sakit kepala, sakit dada dan sebagainya.

Namun begitu sehingga kin tiada bukti yang benar2 kukuh bahawa MSG memudaratkan kesihatan.

Tapi, lebih baik kita berhati2.. tapi jangan melampau.. Makanlah makanan yang seimbang dan kurangkan mengambil makanan rapu.

Demikian juga, "sindrom-takut-MSG" memberi peluang kepada pengeluar makanan untuk menghasilkan Produk Tanpa MSG tapi mengandungi bahan2 yang dinamakanVegetable Protein Extract, atau Yeast Extraxt dan Hydrolyzed Soy Protein... yang mengandungi glutamate...

Jadi sebenarnya kita masih mengambil MSG :)

No comments:

Post a Comment