Thursday, 18 April 2013

Bengkak Susu! Punca dan Cara Mengatasi.



Punca berlaku bengkak susu ni adalah seperti yang saya senaraikan di bawah ni;

1- Masa penyusuan yang tidak teratur. Sebagai contoh macam kes saya masa baru lahirkan azzalea.Azzalea tinggal kat NICU. Saya pulak terkejar sana-sini. Masa mengepam tak konsisten langsung. Lagipun ibu muda baru cuba menyusukan baby sepenuhnya. Diawal kelahiran baby atau lebih tepat masa kita baru-baru melahirkan baby, susu banyak terhasil Jadi,kita perlu pam susu sekurang-kurangnya 3jam sekali. Kalau baby bersama kita, wajib kita susukan baby. Baby yang baru lahir akan kerap tidur. Sama. Lebih banyak habiskan masa dengan tidur. Tapi kita perlu kejutkan baby untuk bangun menyusu. Kalau susu kita banyak, seeloknya pam susu terlebih dahulu. Kemudian baru susukan baby. Bukan pam hingga breast kosong tau! Tapi pam hingga breast terasa ringan dan flow susu tak terlalu laju untuk baby hisap. Kalau susu tak laju sangat, seeloknya..lepas bagi baby menyusu, mommy perlulah pam susu agar breast dikosongkan dan bolehlah produce susu baru. Lagi1, boleh disimpan sebagai stock ebm =)

2- Kalau dah bekerja, jangan sesekali miss waktu mengepam. Ini pun antara punca popular berlakunya bengkak susu. Jadi, cuba cari masa dan ruang untuk mengepam susu. Punca no.1 dan punca no.2 ni lebih kurang sama je kan? Tapi contoh no.1 tu untuk mommy yang baru melahirkan baby. Contoh no.2 ni untuk mommy yang sudah bekerja =) 

3- Bengkak susu boleh jugak terjadi bila liang susu kita dah tersumbat. Untuk kes yang ini, kita dah pam-pam susu..tapi tetap tak keluar susu. Breast tetap rasa penuh dan sakit. Bahaya bila liang susu dah tersumbat ni. 

4- Baby tidak menyusu dengan betul. Biasanya terjadi untuk baby baru lahir. Baby baru nak belajar latch atau pelekapan yang tidak betul. Mulut baby pun kecik sangat masa baru lahir. Nak dibandingkan dengan nipple mommy yang besar. Ini pun boleh jadi punca berlakunya bengkak susu.

Cara mengatasi bengkak susu yang erna kongsikan disini mengikut pengalaman dan pengetahuan saya

1- Tuam breast. Tips mengatasi bengkak susu yang pertama ni,saya buat sepanjang berpantang dulu. Setiap hari sepanjang minggu pertama dan minggu kedua dalam pantang,saya dah merasa sakit bengkak susu.Saya akan ambil air panas dan campur sedikit air paip untuk dapatkan air yang suam. Kemudian saya akan tuam breast guna tuala yang bersih. Sambil tuam,saya akan urut perlahan-lahan breast ke arah nipple. Kalau dah sampai tahap ada rasa ketulan,saya akan tuam lebih lama dan lebih kerap pada bahagian itu. Tuam ni, sesuai kalau breast tersumbat. Bila kita tuam, kita akan cairkan ketulan susu yang dah membeku. Ini terbukti!Saya memang buat aktiviti menuam breast ni sepanjang sakit bengkak susu.

2- Sikat breast dengan sikat rambut. Bila mak suruh saya sikat breast dengan sikat rambut,saya rasa terkejut. Siap tanya mak..boleh percaya ke petua ni? Mak cakap..kalau orang dulu-dulu rambut panjang. Mereka akan sikat breast mereka dengan rambut yang panjang mengurai tu. Mak cakap ini petua dari nenek. Tapi, disebabkan rambut orang sekarang ni tak panjang-panjang bukan main macam orang dulu, petua tu digantikan dengan sikat rambut. Kesahihan petua ni saya tak pasti. Tapi petua yang ni pun saya buat. Siap mintak tolong suami sikat-sikatkan breast ke arah nipple. Masa tu dalam pantang. Bermanja-manja lebih dari selalu =) Terasa lega juga bila guna pakai petua yang ini.

3- Bagi baby menyusu. Ini adalah ubat terbaik untuk bengkak susu. Tapi, sebenarnya..bila kita dah kena bengkak susu..baby pun susah nak menyusu. Kadang tu, nipple sampai boleh jadi flat. Semuanya gara-gara bengkak susu ni. Breast pun akan keras lain macam. Sakit wooo. Hisapan baby adalah yang terbaik untuk melegakan bengkak susu ni. Bila baby hisap, ketulan susu yang membeku pun boleh pecah. Hebatkan baby? Tak pun, pam susu keluar. tapi, bagi saya dan mengikut pengalaman,baby hisap adalah jauh lebih baik dari pam hisap -__-

4- Letak kobis pada breast. Kobiskan bulat..so, kopekkan helaian kobis tu dan tutup pada keseluruhan permukaan breast. Memang akan rasa sejuk..je breast. Lagi-lagi kalau kobis tu keluar dari peti ais. Memang best. Sejuk..je. Tapi, makcik yang urut masa dalam pantang ada pesan. Jangan letak kobis selalu dan jangan letak kobis lama-lama. Sebab nanti susu boleh kering. Letak dalam 2-3jam ok la..ikut pengalaman saya, letak kobis tak surut pun bengkak. letak kobis buat rasa selesa. Rasa sejuk. Sebab, bila kena bengkak susu, breast terasa panas.


Kesimpuan yang dapat saya buat disini, KERAP KOSONGKAN BREAST. Cara nak kosongkan breast..dengan cara bagi baby menyusu atau pam susu =)

Happy Breastfeeding

No comments:

Post a Comment